Rabu, 07 September 2011

Semantik

Pengenalan
  1. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.
  2. Dalam bahasa, kata dapat mengungkapkan fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
  3. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapkannya.

Makna Kata
1.    Dalam kajian bahasa, bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dalam ayat dikenal sebagai semantik.
2.    Kajian tentang makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek yang berikut :

(a)    makna denotasi dan makna konotasi
(b)    makna dalam konteks
(c)    hubungan makna dengan kebudayaan
(d)    perubahan makna
(e)    bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik

3.    Makna denotasi ialah makna kata yang tersurat.

Contoh : ibu ayam : ayam betina yang mempunyai anak
             Kaki ayam : kaki pada ayam.

4.    Istilah lain untuk makna denotasi ialah makna kamus, dan makna rujukan.
5.    Makna konotasi ialah makna tambahan atau makna tersirat kepada makna denotasi.

Contoh : ibu ayam : orang yang kerjanya mencari pelanggan untuk pelacur-pelacur.
            Kaki ayam : kaki yang tidak berkasut.

6.    Makna konotasi juga disebut makna emotif atau makna evaluatif.
7.    Terdapat kata-kata seerti (sinonim) yang mempunyai makna denotasi yang sama tetapi makna konotasi yang berbeza.

Contoh : Kata mati dan meninggal dunia membawa maksud denotasi perstiwa jiwa seseorang meninggal jasadnya tetapi dari segi makna konotasi, penggunaan perkataan meninggal dunia adalah lebih sopan daripada penggunaan perkataan mati.

Makna Dalam Konteks

Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaan perkataan itu.

Contoh : Tapak kasut sudah haus. (haus bermakna berkurangan tebalnya kerana banyak dipakai)
                Saya berasa haus kerana cuaca panas. (haus bermaksud berasa kering tekak atau dahaga).

                Kanak-kanak itu haus akan kasih sayang ibunya (haus bermaksud sangat ingin kepada).

Hubungan Makna dengan Kebudayaan
Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat.

Contoh : aku : digunakan dalam hubungan yang rapat untuk menimbulkan kemesraan.
              Saya : digunakan dalam hubungan biasa.
              Patik : digunakan oleh orang biasa untuk merendah diri apabila berhubung dengan golongan raja.
              Beta : khas untuk raja merujuk dirinya.

Perubahan Makna
Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial dalam masyarakat.

Contoh : menternak (makna lama : memelihara binatang darat)
                              (makna baru: termasuk memelihara hidupan air seperti ikan dan
                              udang)

             taman (makna lama : tempat indah dengan tumbuhan bunga)
                       (makna baru : termasuk kawasan perumahan dan perindustrian)

              rawat (makna lama : menjaga orang sakit)
                       (makna baru : termasuk memulihkan pokok sakit, barang-barang lama,
                       barang rosak, air kumbahan)

              menyeberang (makna lama : dulu hanya untuk menyeberang sungai)
                                  (makna baru : termasuk menyeberang jalan, dll)

               belayar ( makna lama : pada masa dahulu semua kapal menggunakan layar)
                           (makna baru : tidak ada layar pun disebut belayar)

              khalwat (makna lama : menyendiri dalam masjid/tempat suci untuk beribadat
                          kepada Allah)

                          (makna baru : berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang
                           bukan muhrim di tempat sunyi untuk tujuan maksiat).

                 Tuan (makna lama : untuk lelaki dan perempuan. Contoh Tuan kadi dan
                  Tuan puteri)

                          (makna baru : lelaki sahaja)
                          

Bentuk-Bentuk Makna daripada Hubungan Semantik
1.    Bentuk-bentuk makna yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim, antonim, hiponim, meronim, polisim, homonim, homofon, dan homograf.
2.    Sinonim merupakan kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

Contoh : cantik=indah
             Hangat = panas
             Percaya = yakin

3.    Antonim merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.

Contoh : langit lawannya bumi
             Panas lawannya sejuk
             Kuat lawannya lemah

4.    Hiponim ialah kata yang mempunyai lingkungan dalam strukturmakna.

Contoh : perabot (mempunyai makna umum)
             Kerusi, meja, almari, katil, sofa (mempunyai makna khusus)

Jadi kata perabot merupakan kata hiponim yang melingkungi benda-benda seperti kerusi, meja, almari, katil dan sofa.

5.    Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan hubungan sebahagian daripada.

Contoh : atap, dinding, lantai, tingkap, dapur ialah sebahagian daripada rumah dan oleh itu perkataan tersebut menjadi meronim kepada rumah.

6.    Polisim ialah satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak atau satu set makna.

Contoh : kata mentah mempunyai set makna yang berikut :

Masih muda (untuk buah-buahan)
Tidak masak (masakan)
Belum masak (makanan)
Belum diproses (bahan galian dan lain-lain)
Belum sempurna akal atau fikiran atau belum matang (untuk orang)

7.    Homonim ialah dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya tetapi mempunyai makna yang berbeza.

Contoh : daki : kotoran yang melekat pada badan
             Daki : memanjat (gunung, bukit)
            
8.    Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

Homofon : kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna. Contoh : masa dan (media) massa.

Homograf : kata-kata yang sama ejaannya dan mempunyai sebutan yang berbeza. Contoh : semak (belukar), semak (meneliti dan memeriksa semula)
             Perang (war), perang (warna blonde)


Hukum D-M

Hukum D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (M).

Contoh :

dalam lain perkataan (in other words)
lain-lain perkara (other matters)
Tan Gigi Klinik (Tan Dental Clinic)
percuma tawaran (free offer)
Mubarak restoran (Mubarak Restaurant)
Dunlop tayar (Dunlop tyre)
Goreng pisang
Aminah Gedung Fesyen
Kedai Jahit Wanita
Cili Sos
Maggi mi
Dua Minit Mi
Syarikat Muthu Perabot
Delima Hotel
Ban Cheong Kedai Buah-buahan

Susunan yang betul ialah :

Dengan kata-kata lain
Perkara-perkara lain
Klinik Gigi Tan
Tawaran percuma
Restoran Mubarak
Tayar Dunlop
Pisang Goreng
Gedung Fesyen Aminah
Kedai Menjahit Pakaian Wanita
Sos Cili
Mi Maggi
Mi Dua Minit
Syarikat Perabot Muthu
Hotel Delima
Kedai Buah-buahan Ban Cheong


Penggunaan Kata dan Frasa

Kata Sendi “di”

-    digunakan di hadapan KN dan FN untuk memenuhi pelbagai fungsi tertentu.

1.    Tempat yang tetap.

… di sekolah itu.
… di pangkal ayat.
… di kota besar.

2.    Lingkungan yang mujarad (abstrak) melalui kiasan dengan maksud tempat.

… di matanya.
… di hatinya.

3.    Arah tempat atau ruang maujud (konkrit).

… di dalam tabung.
… di luar negara.

Kata Sendi “pada”

1.    Untuk menyatakan masa.

Pada zaman itu …
Pada hari ini …

2.    Tempat bagi perbuatan Kata Kerja yang berupa benda, orang atau binatang.

Pada kakinya …
Pada tanah air ….
Pada sudut 45 darjah ….

3.    Digunakan dalam lingkungan mujarad (abstrak) melalui kiasan.

Pada ingatannya …
Pada pendapatnya …
Pada fikirannya …
Pada pandangannya …


Kata Sendi ‘ke”

1.    Tempat atau arah tuju yang bukan manusia atau haiwan tetapi benda konkrit tak bernyawa.

… ke tempat lain.
… ke dalam sungai.
… ke tengah hutan.

2.    Menunjukkan masa atau batas masa.

… ke petang.
… ke zaman.
dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa.

3.    Lingkungan mujarad (abstrak) melalui kiasan dengan makna tepat.

… ke alam khayalan.
… ke tahap serius.

Kata Sendi ‘kepada”

1.    Arah tuju dengan manusia, haiwan, institusi atau unsur mujarad yang mewakili manusia sebagai sasarannya.

….kepada bapanya.
….kepada mahasiswa itu.
     … kepada pihak fakulti.
    … kepada angin lalu.

2.    Arah perubahan antara dua benda atau perkara.

… kepada lebih 20 juta.
… kepada campuran.

3.    Pemecahan sesuatu kepada bahagian-bahagian tertentu.

… kepada dua belas bab.
… kepada lima kumpulan.
… kepada sesi pagi.


Penggunaan Kata Tertentu

Penggunaan kata ganti nama “ia” dan “ianya”

Ia – ialah kata ganti nama diri ke-tiga untuk manusia sahaja. Tidak boleh digunakan untuk benda, konsep dan sebagainya.

Mesti dan Pasti

Mesti : kata bantu yang hadir sebelum KK dengan maksud wajib/patut dilakukan.

Contoh : Pelajar-pelajar mesti menghadiri ceramah.
             Pelajar-pelajar mesti lulus mata pelajaran bahasa Malaysia.

Pasti : kata adjektif yang bermaksud tentu, tidak salah lagi, tidak boleh tidak.


Memperhatikan dan memerhatikan

Memperhatikan     – daripada kata dasar “hati”.
            - menerima apitan memper……kan.
- oleh itu wujud memperhatikan yang bermaksud memandang, melihat dengan cermat.
Contoh : Guru memperhatikan tingkah laku pelajarnya.

Memerhatikan – sepatutnya wujud daripada kata dasar “perhati”. Oleh sebab kata dasar ini tidak wujud dalam kata dasar BM, maka kata memerhati dianggap menyalahi peraturan tatabahasa.

Kesal dan Sesal

Kesal : rasa tidak senang atau kecewa atau rasa marah.

Contoh : Malaysia kesal atas ucapan Putera Philip.

Sesal : keinsafan telah bersalah.

Contoh : Dia berasa sesal atas perbuatannya yang telah lalu.

Mencintai dan menyintai

Kata dasar yang bermula dengan C apabila diimbuhkan dengan awalan tidak pernah mengalami proses pengguguran. Oleh itu, kata mencintai adalah tepat dan bukannya menyintai. Begitu juga dengan mencuci, mencantas, mencubit, mencorak, mencium, mencipta, mencucuk, mencukur.


Penggunaan Kata Kerja sebagai penerang

KK yang bertugas sebagai penerang dalam FN tidak perlukan imbuhan awalan.

Contoh :

Bilik bacaan (bukan bilik membaca)
Pusat Beli Belah (bukan Pusat Membeli Belah)
Alat Bedah (bukan Alat Membedah)
Mesin Taip (bukan Mesin Menaip)
Tempat Letak Kereta (bukan Tempat Meletak Kereta)


Dua suku jam/dua jam suku
Lupa janjinya/lupa akan janjinya
Meluaskan lagi lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban/meluaskan lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban lagi.
…sambil menyanyi lagu Negaraku/…sambil menyanyikan lagu Negaraku.
…..saling potong-memotong/potong-memotong(saling memotong)
Samad menggaru-garu kepalanya berkali-kali …./Samad menggaru-garu kepalanya… atau Samad menggaru kepalanya berkali-kali.
….memegang erat-erat tangan kekasihnya/memegang tangan kekasihnya erat-erat.
Memperbesar perniagaan/membesarkan lagi perniagaan
Bersenjatakan dengan pisau/bersenjatakan pisau…
Berdasarkan kepada fakta/berdasarkan fakta
Bertanyakan tentang khabar/bertanyakan khabar
Menceritakan tentang hal itu /menceritakan hal itu
Memasuki dalam pertandingan/memasuki pertandingan
Membaca banyak majalah/banyak membaca majalah
Balik kampung/balik ke kampung

Guru besar-guru besar / guru-guru besar
Kapal terbang – kapal terbang / kapal-kapal terbang
Menteri Besar – Menteri besar / Menter-menteri Besar
Pelajar-pelajar sekolah / pelajar sekolah
Rakyat-rakyat Malaysia / Rakyat Malaysia
Penduduk-penduduk kampung / penduduk kampung

NASKAH PILDACIL

SAMPEL NASKAH PILDACIL dan Puisi Islami
SAMPEL NASKAH PIDATO
PEMILIHAN DAI CILIK
( PILDACIL )


Pilihan I : Berbakti kepada Kedua Orangtua
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّهِ وَ بَرَكَاتُهُ
حَمْدًا وَ شُكْرًا لِلّهِ , صَلاَةً وَ سَلاَمًا دَائِمَيْنِ عَلَى رَسُوْلِ اللّهِ , أَمَّا بَعْد.
Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah, sebagai seorang Muslim kita wajib berbakti kepada ibu-bapak sebagaimana difirmankan Allah dalam Al-Qur’an surat An-Nisa’ ayat 36:
Yang artinya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orangtua
Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,
Ayat tadi memerintahkan kepada kita agar senantiasa menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, dan berbuat baik kepada kedua orangtua kita. Cobalah kita hitung jasa kedua orangtua kita, tentu tidak akan mampu menghitungnya, karena jasa mereka sangat besar tiada terkira.
Saat hamil, ibu selalu dalam kepayahan karena mengandung kita, sementara bapak bekerja siang dan malam untuk kelahiran kita. Begitu pula saat lahir, mereka pun mencurahkan segala perhatian dan kasih sayang kepada kita. Bahkan sampai sekarang kasih sayangnya tiada terkira. Subhanallah, betapa mulia jasa kedua orangtua kita!
Suatu hari, ada seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW, “Siapakah yang patut memperoleh penghormatan terbaik dariku, wahai Nabi?”
“Ibumu,” jawab Nabi singkat.
”Lalu siapa lagi?” sahabat kembali bertanya.
“Ibumu,” Nabi tetap memberi jawaban yang sama.
“Lalu siapa?” sahabat itu terus bertanya.
“Ibumu,” lagi-lagi Nabi memberi jawaban yang sama hingga tiga kali.
“Lalu siapa, wahai Nabi?”
“Ayahmu.”
Karena itulah, barangsiapa yang durhaka kepada kedua orangtua, niscaya Allah akan menurunkan siksa dan neraka balasannya. Panasnya, duuuuh…. Minta ampun! Pokoknya puanas banget, ratusan kali lipat panasnya dari api di bumi ini. Nah, sebagai generasi shalih dan shalihah, marilah kita berbakti kepada kedua orangtua dan senantiasa berdoa untuk mereka:
اَللّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ وَ لِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Tuhanku, ampunilah aku dan kedua orangtuaku, dan sayangilah mereka sebagaimana mereka telah menyayangiku di kala aku masih kecil.
Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah, demikian yang dapat saya sampaikan. Mohon maaf atas segala kekurangan dan kesalahan. Billahit-taufiq wal hidayah..
واَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّهِ وَ بَرَكَاتُهُ


Pilihan II : Keutamaan Bulan Ramadhan
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّهِ وَ بَرَكَاتُهُ
حَمْدًا وَ شُكْرًا لِلّهِ , صَلاَةً وَ سَلاَمًا دَائِمَيْنِ عَلَى رَسُوْلِ اللّهِ , أَمَّا بَعْد.
Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah, hari ini kita sudah mendekati penghujung Sya’ban. Itu artinya, bulan Ramadhan akan segera tiba. Tentu kita senang menyambutnya, karena Ramadhan adalah bulan yang selalu dinanti-nantikan oleh umat Muslim sedunia.
Berbicara tentang Ramadhan, Allah SWT telah berfirman dalam surat Al-Baqarah ayat 183:
Yang artinya, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.”
Ayat di atas menegaskan kepada kita bahwa puasa Ramadhan wajib hukumnya. Barangsiapa tidak mau berpuasa, maka Allah akan membalasnya dengan siksa dan neraka.
Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah, tahukah Anda bahwa Ramadhan memiliki keutamaan yang luar biasa. Ramadhan adalah bulan dibukanya pintu surga dan ditutupnya pintu neraka. Puasa Ramadhan dapat menghapus dosa yang telah lalu. Dan masih banyak lagi keutamaan-keutamaan lainnya. Karena itulah, pada bulan Ramadhan nanti, marilah kita berpuasa dan memperbanyak amal ibadah kepada Allah Ta’ala.
Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah, kita harus tahu bahwa berpuasa itu bukan hanya menahan lapar dan haus. Tetapi yang lebih penting adalah menahan diri dari godaan hawa nafsu. Katanya puasa, e… setiap hari sukanya marah-marah! Katanya puasa, e… malah nyolong ayam tetangga! Ini nih yang bahaya, sebab Nabi telah bersabda, “Betapa banyak orang berpuasa, tetapi tidak ada yang diperolehnya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
Sayang sekali kalau puasa kita sia-sia, tidak mendapatkan pahala tetapi hanya lapar dan haus yang kita rasa. Untuk itu, marilah kita luruskan niat berpuasa semata-mata karena Allah Ta’ala, dengan menjauhi segala larangan-Nya dan memperbanyak amal ibadah kepada-Nya.
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانِ هَذِهِ السَّنَةِ لِلّهِ تَعَالَى
“Saya berniat berpuasa esok hari untuk menunaikan puasa Ramadhan tahun ini karena Allah Ta’ala.”
Demikian yang dapat saya sampaikan. Meski singkat, semoga bermanfaat. Pak Haji beli durian, mohon maaf bila ada kesalahan. Billahit-taufiq wal hidayah..
واَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّهِ وَ بَرَكَاتُهُ

Jumat, 25 Maret 2011

LATIHAN JIWA MENGEKANG NAFSU

" Hendaklah tiap-tiap orang memperhatikan apa yang diusahakan  ( sebagai bekal ) untuk hari esuk ." (QS.59 Al Hasr ; 18)
Maksudnya amal kebajikan untuk bekal di hari akherat.Ketauhilah bahwa setiap manusia memiliki nafsu ( keinginan sebagai tabiat ) untuk berbuat jahat.Nafsu merupakan  musuh yang pertama dari bagian tentara iblis.Karena kekuatan syetan terletak pada hawa nafsu.Maka jangan beri kesempatan nafsu untuk menghayalkan hal-hal kosong yang penuh tipu daya.Ciri khas nafsu adalah merasa enak,lalai,santai,atau malas.Semua ajakan nafsu bersifat batil.Andai kita menuruti perintahnya ,lambat laun kita akan rusak.Atau lupa tidak memperhitungkan, kita pasti hanyut kesana dan sulit sekali menolak keinginanya padahal semua ajakanya membawa kita ke neraka.
Nafsu tidak bisa diajak ke arah kebajikan.Nafsu merupakan sumber bencana,dan itu merupakan salah satu simpanan tentara iblisyang bermuara pada kejahatan.Bilamana seorang hamba mengambil langkah berpikir (merenung dan menghayati) mengenai semua yang telah terjadi untuk mencari akheratnya,maka itu merupakan cara berpikir untuk membersihkan hati.Sebagaimana sabda nabi saw ;
"Berpikir satu jam lebih baik daripada ibadah setahun".Oleh sebab itu marilah kita menobati dosa-dosa kita yang lalu dan marilah kita berpikir untuk mendekatkan diri kepada Allah,menyedikitkan lamunan,mempercepat tobat,meninggalkan yang dilarang.Sabar mengekang nafsu dan tidak mengikuti keinginan hawa nafsu,sebab nafsu merupakan berhala.Dan barangsiapa bisa menyembah Allah dengan ikhlas,maka dialah yang bisa mengalahkan nafsu.
Rasulullah bersabda : " Terangilah hatimu dengan lapar,perangi nafsumu dengan lapar dan haus,dan ketuklah pintu surga dengan lapar dan haus juga.Dan pahalanya orang yang lapar seperti pahalanya orang yang berjuang di jalan Allah.Sesungguhnya tidak ada amal yang dicintai Allah kecualilapar dan haus.Sedangkan orang yang memenuhi perutnya tidak akan mampu memasuki kerajaan langit dan tidak pula merasakan manisnya ibadah ".

LATIHAN JIWA MENGEKANG NAFSU

Kamis, 17 Maret 2011

Keluargaku Tercinta

Foto ini adalah hasil dokumentasi saat kami sekeluarga sedang berekreasi di Selekta Batu Malang pada saat ada acara Halal bi Halal keluarga besar SMP Negeri 2 Ngimbang.